Thursday, January 13, 2011

Al-Fatihah..


Telefon berbunyi sebaik saja aku sampai kat bilik dari surau..aku mendapat pangilan dari abangku yang menyampaikan berita tentang  datuk angkatku @ abah (gelaran yang kami, adik-beradik gunakan untuk beliau).

Papa mengatakan bahawa ‘abah’ mengalami  kekurangan gula dalam badan, dan pukul 4 pagi beliau mengalami sesak nafas, mungkin disebabkan dia kerap melakukan kerja2 berat..kalau diperhatikan dari ekonomi hidupnya sukar untuk melihat orang yang berkeadaan seperti melakukan kerja2 sperti abah. Lingkungan pukul 4 pagi tadi dia telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Air mataku xdapat aku tahan dr keluar. 

Aku masih ingat kali terakhir aku jumpanya pada Majlis Perkahwinan abangku dan ketika dia datang ke rumahku. Paling membuatku sebak, teringatkan cerita papa tentang abah yang buat panggilan nenanya kabar papa kerana dia risau sebab dia terdengar berita bahawa ada orang Taman Restu (kawasan halaman kediamanku) meninggal dunia. Abah risaukan papa yang baru beberapa bulan selesai jalani major surgery apabila terdengar berita tersebut.

Hatiku mula runtuh sedikit demi sedikit mengingatkan kata2 ‘abah’ yg mahu aku berjaya sebagai seorang aircraft enginner. Dari dulu dia cukup bangga dengan aku yang minat dan bersungguh-sungguh dalam bidang penerbangan ni. Aku juga bangga kerana mempunyai datuk angkat yang begitu menyayangiku. Kata-kata semangat yang dia bagi kepadaku cukup menaikkan semangatku untuk terus berjaya.

Ak ingat lagi akan kata2nya; “Abah nak bal jadi engineer yang berjaya nanti”, lantas dia peluk aku..dari situ aku tau yang dia sayangkan aku dan keluargaku seperti keluarga kandungnya sendiri.

Since aku memang dah xde datuk kandung dari kecil lagi, semuanya telah meninggal sebelum aku lahir lagi..Cuma datukku sebelah ibuku yang sempat aku derada dalam pelukannya..itupun hanya untuk beberapa bulan sebelum meninggal. Abah lah merupakan datuk ‘kandungku’. I really missed him. Malah, dia juga lah yg telah meletakkan nama kepadaku ketika lahir dahulu.

Kini aku xboleh lg utk mendampinginya..hanya surah yasin, al-fatihah dan lain-lain yang mampu aku sedekahkan kepadanya. Ketika papa dalam hospital, dia jugalah yang memberi semangat kepada papaku dan keluarga sebelum dan selepas pembedahan jatung papa. Aku masih inagt dari cerita ibuku, abah beri  namaku menerusi pangilan talefonnya dari Sabah. If I am not mistaken.

Al –Fatihah utk Allahyarham ‘ABAH’

1 comment: