Saturday, April 9, 2011

Nak Cari Kawan Senang, Nak Cari SAHABAT??Cukup susah!


Syarat2 bersahabat dan inilah ciri2 sahabat :

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.

2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.

3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.

4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.

5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.

6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.

7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.

8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.

9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.

10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.

11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.

12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.

15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.

16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.

17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.

18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah Rasulullah SAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sahabat. 
Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra.

Erti sahabat, orang yang sentiasa mengiringi kita, sentiasa ada di samping kita atau selalu berdekatan dengan kita. Erti mengiring atau sentiasa di samping atau berdekatan dengan kita itu, bukan erti luaran sahaja. Bukan sekadar lahiriah sahaja tetapi batinnya sekali. Seperti mengiringi dan mendampingi hati kita. Dekat dengan hati kita. Dengan kata yang lain, seseorang sahabat itu sentiasa memerhati dan memikirkan kehidupan lahir sahabatnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, situasi tempat tinggal, sakit pening, susah payah dan pendidikannya.

Ini Satu PENIPUAN !!


Sy nak kongsi la ckit cerita ni ngan pembaca2 semua(cey,pembaca2 konon). I hope you guys bley amik pngajaran dr ape yg sy nak story ni. Baru2 ni ada satu PRIVATE NUMBER ni call no phone sy, pastu cakap dia dari CELCOM. Start dari conversation di sini sy mula meragui sesuatu.
Kenapa??
Satu makhluk ni cakapla “Selamat Pagi, sy dari celcom, semalam kami ada buat satu undian ya dan hasilnya no telefon encik telah menang cabutan bertuah sebanyak RM5000”.
WOW!!
 No phone aku ni menang cabutan bertuah RM5000.

BIAR BETUL!!!!!
Ape yg aku ragui adalah kenapa org CELCOM ni bercakap berbau bahasa Indon??
pastu dia ckp “Kami tak mintak encik bg no ATM encik ya kerna itu privacy encik ya. Boleh saya tau encik pakai bank mana?”
Hati aku ni memang pantang org tipu aku bnda2 mcm ni. Tmbah2 bila tipu bodoh mcm ni.. DAhla kau tu bodoh, nak tipu aku mcm ni. Kau silap org la b**ch.
PERSOALANNYA knapa mesti operatornya communicate slank indon tak guna bahasa Melayu standard? Dan kenapa mesti PRIVATE NUMBER?
Hati aku mengelegak.. GLUP GLUP GLUP drahku mendidih. Boiling Point la katekan.
Aku dah xtahan nk dgr lg soalan dia nk tau bank yg aku berurusan. Aku tnya “Jap, knapa CELCOM pakai PRIVATE NUMBER ek?”..dia jwb “Kami tak nak bla3……”..alasan tak logic lansung.
Aku dah bosan dgr alasan pompuan tu. Aku terus jer ckap “Oww,kalau mcm tu sy xnak la menang,dan tlg sedekahkan jela hadiah duit yg sy menang tu kat org yg xmampu”…dia jwb lg “xpe jela”…n tut tut tut..
LETAK PHONE CAMTU JER!!!!!
KUrang ajor betul!!
…aku tau tu bkn org Celcom..Kalau org celcom confirm2 diorang bercakap ikut procedure dan ber adab..yg td tu bkn beradab tp BIADAP..So Please don’t be fooled by this makhluk2 yg tiada tamadun ni..hopefully korang terselamat dan terhindar dr perkara ni berlaku kat org lain.